Pukul 3 pagi...
Kebanyakan
penghuni Asrama Putera sudah berdengkur. Ada sebilangan penghuninya yang masih
terbuka matanya. Yang terbuka matanya terbahagi kepada dua; Pelajar-pelajar
yang mengulangkaji untuk peperiksaan yang semakin hampir dan selebihnya hanya
makhluk yang sebuk dengan aktiviti aktiviti yang melanggar isi kandungan buku
undang-undang sekolah.
Tapi cerita ini
bukan tentang mereka. Mari kita zoom in ke Blok B. Lebih spesifik, di bilik
B-2-10...
B-2-10 terletak
di tingkat paling atas dan di hujung koridor. Seperti kebanyakan asrama, satu
bilik tandas dikongsi secara berjemaah oleh semua penghuni setiap
tingkat.
Di dalam bilik
ini ada 4 penghuni: Amir, Buncit, Farid dan Penyu. Seperti kebanyakan asrama
juga, katil yang digunakan ialah katil 'double decker'. Buncit dan Penyu tidur
diatas (Betul! Buncit tidur di atas) dan selebihnya tidur di bahagian bawah.
Mereka memang
karib walaupun berada di kelas yang berlainan. Tapi cerita ini bukan tentang
"bro love" mereka. Cerita ini tentang apa yang terjadi pada hari ini
jam 3 pagi....
Kisah 1
Mata Amir
terbuka luas. Satu sensasi yang menyengat terasa di perutnya. Sakitnya bukan
main. Dinding perutnya bagai dicucuk-cucuk dengan pin. Kesakitan ini merebak ke
anusnya. Minta dibuka agar dapat dilepaskan isi kandungan yang memenuhi usus
kecilnya. Berguling-guling Amir di atas katil menahan kesakitan.
"Ini mesti
sebab nasi goreng Pondan," Amir memaki di dalam dengar dan tidak. Terasa
kekesalan di hatinya "fly" lepas "prep" tadi. Dek kerana
lapar, dia keluar dari pagar sekolah dan makan di kedai berdekatan asrama yang
sedikit tersorok dan selalu didatangi pondan-pondan.
Amir dah tak
tahan. Selimut disingkap. Pintu dibuka dan berlari dia ke tandas.
Ada 10 bilik
jamban disediakan. Amir pilih bilik yang keempat. Tak tahu kenapa, tetapi bilik
keempat ialah bilik kegemarannya melepaskan hajat.
Seluar, luar dan
dalam, dilondehkan dan Amir terus mencangkung. Isi yang keluar adalah seperti
air dari hos bomba semasa memadamkan kebakaran.
Selang 20 saat,
semburan semakin berkurangan. Kelegaan jelas terasa di dalam perut Amir. Dia
tak mahu ambil risiko, dia terus mencangkung untuk memastikan semuanya dah
keluar.
Di saat itulah
dia terdengar bunyi tapak kaki seperti orang masuk ke dalam tandas.
"Ni mesti
kes kedai pondan jugak nih," bisik hatinya.
"Woi! Siapa
tu? Kau makan nasi pondan jugak ke?" jerit Amir. Satu saat, dua saat, 3
saat...10 saat, tiada jawapan.
Disebalik
kelegaan diperutnya, satu perasaan yang lain pula timbul. Dia teringat
kisah-kisah angker yang diceritakan senior-senior sebelum ini tentang tandas
tingkat 2 blok B ni.
"Woi! Woi!
Woi!" jeritnya lagi untuk kepastian. Segala bulu di bandannya dah berdiri.
Bau harum
menyegat reseptor hidungnya, menutupi bau di dalam mangkuk tandas.
Amir
menggigil... Peluh mengalir di dahi. Bukan sebab kesakitan di perut. Tetapi
disebabkan perasaan takut yang menyelebungi diri.
"Kriukkkk...,"
Amir terdengar bunyi seperti pintu dibuka.
"Saaaatuuu...
Tak ada...," kedengaran suara perempuan yang gemersik di luar tandas.
Bunyi itu datang berdekatan dengan bilik tandas yang pertama.
"Kriukkkk...,"
bunyi pintu terbuka kedengaran lagi. Semakin hampir.
"Duuuuaaaa...
Tak ada...." Suara perempuan itu juga kedengaran semakin dekat.
"Kriukkkk...,"
bunyi pintu tandas bersebelahan pula terbuka. Jantung Amir berdegup laju.
Seperti selepas acara pecut 100 meter.
"Tiiigaaaaaaa...
Tak ada...," kedengaran suara perempuan itu semakin jelas. Gemersik. Bukan
gemersik yang menenangkan. Gemersik yang mengerikan.
Amir tak sedar
yang dia sebenarnya telah terduduk di dalam mangkuk tandas. Hasil buangan
melekat di punggungnya. Dia tahu apa akan terjadi lepas ini. Badannya menggigil
semakin kuat. Bergoncang adalah deskripsi yang paling tepat.
Mindanya tak
menentu. Nak dibaca ayat Al-Quran, dia rasakan tak patut sebab dia dalam
tandas. Ataupun setepatnya, semua ayat-ayat hilang dari ingatannya. Termasuk
huruf-huruh arab.
Dia menanti...
Pasrah dengan apa yang akan terjadi.
Pintu tandasnya
tak terbuka... "Lega," perkataan yang baru hendak terpacul di
mulutnya sebelum...
"Tok...
Tok... Tok...," pintu bilik airnya diketuk. Semua darah di dalam badan
Amir seperti telah hilang. Mukanya pucat. Kelegaan dari sangkaan episod seram
telah berakhir, hilang sama sekali.
Amir ternampak
kelibat putih terbang dari hadapan pintu tandasnya.
"Heee...
Heeee... Heee...," hilaian tawa bersuara wanita memenuhi seluruh tandas
tingkat 2 Blok B.
Tetapi Amir
sudah tak dengar... Matanya telah terpejam. Walaupun dia masih bernafas...
Mindanya telah tertutup.
Amir pengsan di
dalam bilik jamban keempat tandas Tingkat 2 Blok B. Sambil badannya diliputi
hasil buangannya sendiri.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment