Sunday, June 22, 2014

Tak Ada Idea

1) Sifir

Nazmi kepeningan. Esok ada ujian matematik. Sifir 2 sampai 9 masih  belum dihafalnya. Pulang dari sekolah dia fikirkan cara untuk lebih mudah menghafal sifir. Dia mendapati dia dapat mengingat dengan lebih baik apabila dia menulis balik benda itu.

Namun hasrat murninya itu terpaksa dihentikan. Ayahnya mengamuk sakan!


2) Prison Break

Aku ditindas dari saat kelahiranku. Aku dikurung juga selama itu. Aku mahu bebas. Aku merancang pembebasanku. Kini tiba hari yang dinanti. Aku akan sebebas burung yang berterbangan sebentar lagi.

Kenderaan itu membawa kami di belakang. Tawanan-tawanan lain yang pasrah hanya duduk diam menerima nasib mereka. Tapi tidak bagiku. Potensi ku lebih besar. Aku mesti membebaskan diri.

Dinding kurungan itu aku panjat. Nasib baik tiada pengawal yang menjaga kami. Memudahkan operasi ini. Sampai di puncak kurungan, aku pun melompat. Nikmatnya rasa sebuah kebeba...




No comments:

Post a Comment