Daniel melompat-melompat dan terfikir satu persoalan. Dia bertanya kepada ibunya.
"Kenapa Daniel tidak terapung Mama?"
"Kerana graviti Daniel. Bertindak kepada semua benda macam sebuah magnet,"jawab ibunya.
Dia mahu bertanya apa itu magnet tetapi soalan yang lebih bijak ialah,"Kenapa?"
Ibunya menjawab,"Supaya semua benda tidak terapung ke angkasa."
Penerangan ibunya yang pendek itu membuatkan Daniel tidak faham. Namun soalan yang paling bijak yang patut ditanya,"Kenapa?".
"Nanti Mama mesti rindukan Adam." Jawapan ibunya itu memberitahu Daniel soalannya harus berhenti di situ. Dia pun memeluk ibunya.
Petang itu Daniel tidak sengaja menjatuhkan cawannya. Habis tumpah susu di dalam cawannya itu. Susu itu tumpah di atas karpet baru ibunya.
Ibunya memarahinya,"Kenapa?!".
"Graviti Mama,"jawab Daniel ringkas.
"Loyar buruk punya budak! Meh sini kau!".
Dan Daniel pun dirotan beberapa kali.
No comments:
Post a Comment