Saturday, June 21, 2014

DWI (6): Datin Soraya

Mereka duduk di meja makan kedai mamak berdekatan dengan pejabat Inspektor Rahman. Masing-masing memesan minuman. Kedua-duanya membisu sehingga pesanan mereka sampai.

Inspektor Rahman membiarkan Datin Soraya terus berdiam diri. Wajahnya yang dalam kesedihan menimbulkan tanda tanya. Dia tahu Datin Soraya mahu menceritakan sesuatu. Namun dia tidak tahu apa isinya.
"Inspektor," kata Datin Soraya tiba-tiba. Inspektor Rahman yang sedang meneguk teh aisnya, meletakkan gelasnya.

"Saya dapat tahu yang penculik anak saya dibunuh. Apa perkembangannya?" sambung Datin Sofea.

"Kes culik Sofea telah ditutup Datin. Berkenaan kematian penculik-penculik tersebut, kami tidak meneruskan siasatan," jawab Inspektor Rahman. Dia cuba menyelindungkan rasa tidak puas hatinya.

"Oh," kata Datin Soraya. Dia kembali terdiam.

"Maaf Datin. Saya pasti Datin ada sesuatu yang mahu diceritakan. Apakah yang ingin Datin sampaikan ?". Soalan Inspektor Rahaman itu membuatkan Datin Soraya tersentak. Seperti tersedar dari lamunan.

"Sofea kini di rumah. Dia tidak keluar dari biliknya semenjak pulang. Pada mulanya kami sangkakan yang dia masih terkesan dengan apa yang terjadi...," kata Datin Soraya. Dia berhenti seketika. Air matanya mengalir tiba-tiba.

"Inspektor mungkin tidak tahu. Soraya adalah anak angkat kami. Kami ambil dia dari satu rumah perlindungan anak-anak yatim," sambung Datin Soraya. Inspektor Rahman membuat muka terkejut. Dia tidak pasti lakonannya berjaya atau tidak.

"Seperti saya kata tadi, Soraya ashik mengurungkan dirinya. Lama-kelamaan, saya dapat rasakan yang Sofea seperti orang lain. Dari seorang yang lemah-lembut bertukar kepada seorang yang pemarah. Saya dan orang gaji pernah dicederakan ketika cuba memujuknya makan," kata Datin Soraya sambil menunjukkan kesan luka di tangannya.

"Cara dia memandang kami juga menakutkan. Bengis. Walaupun ada masa dia senyum. Tapi senyumannya mengerikan," kata-kata Datin Soraya itu membuatkan Inspektor Rahman teringat kejadian di hospital.

"Saya datang jumpa Inspektor ini sebenarnya saya rasa risau dengan nyawa kami. Walaupun saya ibu kepada Soraya dan saya tidak patut berkata begini, tapi saya tidak dapat membuang prasangka ini. Sofea sudah berubah. Dia bukan Sofea yang saya kenal. Saya masih ingat bagaimana dia boleh tersenyum sahaja selepas mencederakan kami. Bila kami masuk bilik dia, dia kan memandang dengan bengis. Pernah sekali dia menghayun-hayunkan pisau di depan kami."

"Saya takut Inspektor. Takut dengan anak saya semdiri. Saya harap Inspektor dapat memberikan bantuan," kata Datin Soraya mengakhirkan bicara.

"Datin ambil kad saya," kata Inspektor Rahman sambil menghukurkan kad namanya. "Kalau ada apa-apa masalah, terus hubungi saya."

"Saya ada urusan lain. Saya perlu minta diri dulu," kata Inspektor Rahman sambil membayar minuman mereka. Inspektor Rahman meninggalkan Datin Soraya dan menuju ke keretanya.

Datin Soraya berasa pelik dengan reaksi Inspektor Rahman. Inspektor Rahman tidak menunjukkan wajah yang terkejut dengan cerita yang disampaikannya tadi. Seperti Inspektor Rahman sudah tahu apa yang terjadi.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment