Monday, June 16, 2014

Kubur Itu Masing-masing

Boleh juga dibaca di Buasir Otak

Ameera sangat marah. Gambar di Instagram dicemuh pengikutnya. Gambar yang diambil bersama rakan-rakannya di sebuah club terkenal di Kuala Lumpur baru diposnya pagi tadi.

Bukan apa pun! Setakat nampak lurah sikit dan berlatar belakangkan botol-botol arak. Bukannya dia berbogel. Bukannya dia tengah pegang arak itu ( Tapi kalau unit forensik membuat ujian, pasti jumpa cap jarinya di salah satu cawan arak tersebut ).

Gambar hiasan

Ameera tidak faham mengapa mereka ni suka jaga tepi kain orang. Tidak faham dengan kemunduran fikiran mereka ini. Baginya mereka semua seperti katak di bawah tempurung.

Marah Amerra sikit terubat apabila terbaca beberapa komen yang diharapkan ditulis.

"Sexylah you ni," tulis @jejaka_kacak.

"Wow! Nice pic. Nice body," tulis @macho_boy.

"Apa korang nak kecoh! I support you Meera," tulis @club_loving_girl.

Ameera terus membaca komen-komen yang diberi.

Matanya menyinga apabila terbaca salah satu komen.

" Tak takutkah dengan kematian? Jika ini perlakuan terakhir awak dekat dunia ni, bukankah azab yang menanti?" @nur_jannah.

"Woi @nur_jannah! Yang kau sebok kenapa? Aku tak kacau kau pun! Nak sebut pasal mati, pasal azab kat tempat lainlah. Suka hati akulah nak buat apa! Kubur masing-masing kay!"

Ameera membalas dengan kegemaran.

Ameera mengambil kunci keretanya. Dia ada lunch date dengan boyfriendnya.

Ameera masih marah. Komen @nur_jannah itu. Terngiang-ngiang di kepalanya. Kemarahan itu membuat dia tak sedar yang dia memandu semakin laju.

Dalam kejauhan Ameera nampak lampu isyarat bertukar kuning. Dia memijak accelarator dengana kuat. Sempat, fikirnya.

Tidak sempat. Sebuah lori datang dari simpang kanan. Kereta Ameera dirempuh kuat. Berpusing-pusing kereta Ameera sebelum berhenti kira-kira 20 meter.

Orang ramai berkumpul di sekeliling kereta Ameera. Cuba memberi bantuan. Orang ramai itu cuba mencabut pintu kereta untuk mengeluarkan Ameera yang terperosok ke dalam.

Bomba, polis dan ambulan tiba di tempat kejadian. Beberapa ahli bomba berhempas pulas memotong kereta Ameera. Beberapa polis membantu mengawal lalu lintas, untuk memudahkan kerja-kerja menyelamat. Setelah Ameera berjaya dikeluarkan, beberapa paramedik cuba menyelamatkan nyawa Ameera. Namun tidak berjaya. Nyawa Ameera telah dicabut.

Malam itu rumah ibu bapa Ameera dikunjungi dengan pelbagai manusia. Jenzahnya yang baru diambil dari hospital diletak di tengah-tengah rumah. Orang yang berkunjung tadi mendoakan kebaikan untuk jenazah Ameera.

Keesokan harinya, jenazah Ameera dimandikan. Kemudian dikafankan. Muslimah ahli kariah masjid yang melakukannya.

Setelah semuanya selesai. Jenazah Ameera diangkat beramai-ramai. Dibawa ke masjid. Ramai yang hadir untuk melakukan solat jenazah.

Jenazah Ameera ditanam dengan bantuan jiran tetangga. Kemudian ditalkinkan oleh imam dan jemaah yang hadir.

Setelah semuanya selesai, semua orang pun beredar. Ameera bersama jenazah-jenazah lain, masing-masing di kuburan mereka sendiri.

Jannah meletakkan surat khabar. Berita kematian seorang gadis yang terlibat dalam kemalangan ngeri mengusik jiwanya. Dia membuka aplikasi Instagram dan terbaca komen daripada gadis yang ditegurnya semalam. Dia hanya mampu menggelengkan kepala dan mendoakan agar gadis itu diberikan hidayah.

No comments:

Post a Comment