Gambar Hiasan |
Perlindungan undang-undang membuatkan Makcik Murni dan suami tidak dapat membendung pelarian anaknya dari norma manusia dan ajaran agama. Suaminya sudah kecewa. Terutama selepas Hazwan mengatakan yang dia telah berkahwin. Ya, selepas keputusan mahkamah rayuan tersebut, pelbagai undang-undang terbina dan memberi pelepasan kepada golongan kecelaruan jantina ini untuk melakukan apa sahaja atas dasar hak asasi manusia. Perkahwinan yang berlangsung tidak menurut asas agama, cukuplah sekadar mendaftarkan perkahwinan mereka. Makcik Murni dan suami ada menerima undangan resepsi perkahwinan anaknya. Namun ditolak mentah-mentah.
Di dalam tangisan, telefon rumahnya berdering. Gegas Makcik Murni bangun menuju ke arah telefon sambil mengesat air matanya. Disangkakan sudah kering, namun masih bertelaga.
"Assalamualaikum," sapa Makcik Murni.
"Mak. Ini Wanie mak," kedengaran satu suara yang dikepit-kepit di hujung corong.
"Wanie mana yer?"
"Anak mak kan sorang jer. wanilah,"jawab suara itu.
"Hazwan!" jerit Makcik Murni terkejut sedikit gembira.
"Wanilah mak. Apa Hazwan ni. Kan undang-undang dah benarkan saya tukar jantina. IC pun ada tulis," jawab Hazwan@Wanie, sedikit geram.
"Ya. Ya. Rindunya mak kat kau,"balas Makcik Murni. Walaupun kecewa, anak tetap anak.
"Wanie nak inform yang Mak akan jadi nenek," kata Hazwan@Wanie sedikit ketawa gembira.
"Kau ambil anak angkat ke?" soal Macik Murni melindungi rasa terkejutnya.
"Taklah! Anak saya dengan Roy lah," jawab Hazwan@Wanie.
Gagang di tangan terlepas dari pegangan Makcik Murni. Dia hampir pengsan. Dengan sedikit kegagahan, dia mengankat kembali telefon.
"Hujung minggu ni, Wanie datang rumah mak yer. Datang sama dengan Roy. Bye Mak." Itulah kata-kata terakhir di dalam perbualan mereka sebelum talian dimatikan.
Kepala Makcik Murni masih berpinar. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi. Bagaimana hubungan anaknya itu boleh melahirkan zuriat? Apa jenis pembedahan telah dibuat Hazwan? Sudah sampai tahap itukah perkembangan teknologi manusia? Lelaki boleh membuat pemindahan rahim dan mengandung? Adakah anaknya bermutasi dan mampu melakukan pembiakan aseks? Pelbagai persoalan bermain di fikiran Makcik Murni.
Sejurus suaminya pulang, Makcik Murni menceritakan perbualan telefonnya dengan Hazwan. "Kita memang dah selalu nampak, ada satu jer bukan dua!" itu respons yang diberi. Walaupun marah, mereka tidak sabar untuk menunggu hujung minggu tiba. Mungkin mencari jawapan untuk persoalan di kepala mereka.
Tibalah Ahad, Makcik Murni dan suami tidak tenteram duduk. Setiap kereta yang melepasi pagar rumah akan diperiksa. Jam 12:02 petang, sebuah kereta memasuki perkarangan rumah. Makcik Murni memanggil suaminya dan mereka bergegas ke pintu rumah.
Hazwan@Wanie keluar dari pintu sebelah pemandu. Tiada indikasi pada tubuh Hazwan@Wanie yang menunjukkan dia mengandung. Hazwan@Wanie melambai-lambaikan tangan kepada mereka dengan tersenyum. Dia tidak perasan yang kedua ibu bapanya masih terpinga-pinga.
Hazwan@Wanie pergi ke arah pintu hadapan penumpang dengan lenggang lenggok yang meloyakan dan membukakan pintu. Seorang lelaki pendek betubuh gempal keluar dari pintu tersebut. "Roy." bisik Makcik Murni kepada ibunya.
Selepas bersalaman dan duduk di sofa.
Tanpa membuang masa, Makcik Murni terus bertanya,"Bila anak kau lahir?"
"Doctor kata lagi dua bulan."
"Kau tak nampak macam mengandung pun!" tempelik bapanya.
"Bukan saya yang mengandung ayah, Roy yang mengandung," jawab Hazwan@Wanie selamba.
Kepala Makcik Murni berpinar-pinar. Cuba menghadam informasi anak mereka itu. Dalam keadaan Makcik Ani baru terperasan raut muka Roy yang bujur sirih seperti perempuan. Barulah segalanya jelas....
Di dalam kesakitan kepala yang amat sangat itu, Makcik Murni perasan yang suaminya sedang memegang dan mengurut dada sendiri di sebelah kiri. Nafasnya tercungap-cungap. Tapi Makcik Murni tidak dapat membantu. Pandangannya menjadi gelap, kepalanya menjadi kosong....
Boleh juga dibaca di Buasir Otak
No comments:
Post a Comment