Perjalanan ke hospital mengambil sedikit lama. Penutupan jalan untuk kerja-kerja pembinaan pelbagai infrastruktur menandakan pembangunan yang pesat berlaku di bandar itu. Semakin membangun sesuatu negara itu, semakin tinggilah statistik jenayahnya. Tapi itu mungkin hanya pendapat Inspektor Rahman sahaja.
Inspektor Rahman bergegas ke ward kecemasan sejurus tiba di hospital. Selepas mendapatkan pelepasan dia menuju ke arah bilik Sofea ditempatkan. Doktor yang baru sahaja selesai menjalankan pemeriksaan ke atas Sofea keluar dari bilik itu.
Inspektor Rahman memperkenalkan dirinya kepada doktor tersebut. Doktor itu memperkenalkan dirinya sebagai Dr Latifah.
"Tiada tanda serangan seksual. Hanya terdapat kesan lebam di pergelangan kaki dan tangannya," lapor Dr Latifah.
"Pada pendapat saya, tiada kecederaan serius secara fizikal. Tapi dari segi mental...," kata Dr Latifah sambil membuka pintu bilik. Kelihatan sofea duduk berlumjur di katilnya. Kepalanya hanya tertunduk.
"Dia tidak bercakap apa-apa dari tadi. Saya cuba berbual. Tetapi tiada respon. Saya akan mengesyorkan pemeriksaan psikology dilakukan," sambung Dr Latifah.
"Boleh saya masuk?" tanya Inspektor Rahman.
"Silakan. Keluarganya akan tina sebentar lagi. Jangan terlalu menekan dia," balas Dr Latifah dan dia beredar.
Inspketor Rahman masuk ke bilik dan biarkan pintu terbuka. Dia menghampiri katil Sofea dan duduk di kerusi di sebelah katil.
"Cik Sofea? Saya faham yang Cik Sofea telah melalui pengalaman yang ngeri. Tetapi saya perlu melakukan siasatan," kata Inspektor Rahman.
Sofea tidak memberi apa-apa jawapan. Dia hanya memandang ke bawah.
Inspektor Rahman memerhatikan Cik Sofea. Gadis 15 tahun itu setnggi 5 kaki. Berambut panjang melepasi bahu. Kurus seperti mana kebanyakan gadis sebayanya.
"Cik Sofea? Boleh saya tahu apa terjadi selepas mereka membawa Cik Sofea ke rumah itu?"
Cik Sofea yang tadi hanya terdiam menggerakkan badannya ke hadapan dan ke belakang. Perlahan-lahan. Mukanya menunjukkan perasaan ketakutan. Semakin lama semakin laju pergerakan badannya.
Inspektor Rahman terkejut dengan reaksi itu. Pergerakan yang dilakukan Cik Sofea semakin laju. Suara mengerang yang perlahan kedengaran dari mulutnya.
Inspektor Rahman tidak tahu hendak buat apa.
"Zetty... Zetty... Zetty...," kata Cik Sofea secara tiba-tiba. Dia masih menggerakkan badannya ke hadapan dan ke belakang dengan laju. Katil pun turut bergerak kencang.
"Siapa Zetty Cik Sofea?" soal Inspektor Rahman. Perasaan ingin tahu lebih menguasai kegusarannya.
Cik Sofea memandang Inspektor Rahman dengan muka yang penuh dengan ketakutan. Dia membuka mulutnya perlahan-lahan.
"Tolong saya. Tolong saya. Bebaskan saya,"rintih Cik Sofea. Dia mula menangis.
Inspektor Rahman terus bertanya," Apa yang terjadi di rumah itu Cik Sofea? Siapa yang bunuh tiga orang itu?"
Tiba-tiba Cik Sofea berhenti bergerak. Kepalanya kembali tertunduk. Wajahnya ditutup oleh rambutnya yang panjang.
"Cik Sofea? Siapa yang bunuh tiga lelaki itu?" soal Inspektor Rahman.
Sofea mengangkat mukanya dan entah untuk kali ke berapa untuk haru itu, Inspektor Rahman terkejut. Wajah ketakutan tadi sudah hilang. Di hadapannya wajah bengis sedang merenungnya. Perlahan-lahan wajah itu memberinya satu senyuman yang mengerikan.
Dr Latifah masuk ke bilik itu dituruti seorang lelaki dan perempuan. Sofea memeluk kakinya dan mula menangis. Dengan kuat.
Inspektor Rahman yang masih dalam keadaan terkejut terasa bahunya ditepuk kasar.
"Apa kau buat dengan anak aku?" soal lelaki yang menepuk bahunya itu. Inspektor Rahman menoleh. Dato' Hisham memandangnya dengan muka yang merah padam.
"Baik kau pergi sekarang," jerkah Dato' Hisham. Datin Soraya sedang memeluk Sofea. Cuba untuk mententeramkan anaknya yang sedang meronta-ronta. Dr Latifah pula memicit butang bersebelahan katil untuk memanggil juruwat.
"Saya sedang melakukan siasa..." Kata Inspektor Rahman sebelum dipintas Dato' Hisham. "Pergi sekarang!"
Kalau diikutkan hati, mahu ditumbuknya muka Dato' Hisham. Tetapi dia faham dengan situasi yang melanda.
"Saya masih perlu mengambil statement Cik Sofea," kata Inspektor Rahman sebelum beredar dari bilik itu.
Persoalan semakin bertambah di dalam kepala Inspektor Rahman. Dia teringat kembali wajah bengis dan senyuman mengerikan ditunjukkan Cik Sofea sebentar tadi.
Dia tiba di kaunter di luar bilik itu dan terlihat dua jururawat sedang berjalan dengan pantas.
"Kenapa Mah?" soal salah satu jururawat yang berada di kaunter itu ke arah jururawat-jururawat yang berjalan laju itu.
"Patient anak Dato' tu meroyan," jawab salah satu jururawat dan terus bergerak ke arah bilik.
Semasa berada betul-betul di hadapan kaunter itu, Inspektor Rahman terdengar jururawat yang bertanya soalan tadi berbisik ke arah rakannya.
"Aku check data Sofea tu. Bapanya Dato' Hisham. Tapi nama dia binti Salleh."
"Anak angkat kot. Tak payahlah kau nak sebuk," balas rakannya.
Sekali lagi Inspektor Rahman terkejut.
No comments:
Post a Comment