Monday, June 23, 2014

Kekecewaan Hafiz Yang Berkelainan Upaya

Hafiz tidak pernah merungut tentang keaadan dirinya. Takdir tuhan diterimanya. Dilahirkan berbeza tidak semestinya menjadi satu penghalang untuk dia berjaya.

Dia menjadikan Prof Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh sebagai idolanya. Tak perlu pergi jauh untuk mencari idola. Walaupun berlainan upaya, Prof terkenal sebagai pakar ekonomi. Ini menjadi inspirasi kepada Hafiz untuk mendakap kejayaan.

Gambar Hiasan
Di zaman persekolahan, memang Hafiz selalu dihina. Dia tidak ramai kawan. Tetapi kawan-kawan yang sedikit itu sememangnya rakan sejati. Bersama-samalah mereka belajar. Bersama-samalah mereka berdikusi. Walaupun Hafiz menulis dengan kaki, mereka tidak berasa geli.

Hafiz mengejutkan semua apabila berjaya mecatatkan keputusan cemerlang pada ujian SPM. Ini membuka peluang untuknya melanjutkan pelajaran. Ia juga membuka mata pelbagai pihak untuk membantu. Jurusan yang diambil Hafiz? Mestilah kesusteraan melayu.

Kecintaan Hafiz dengan bahasanya sangat mendalam. Bukankah bahasa jiwa bangsa? Penulisan kreatif menggunakan lenggok bahasa yang indah amat digemarinya. Bait-bait sajak yang puitis amat disukainya. Berkat ketekunan dan kegigihan, pelabagai pencapaian dimilikinya. Dari segulung ke segulung ijazah dimilikinya. Pelabagai karya berjaya diciptanya.

Kini Hafiz telah berjaya. Selain mempunyai ijazah kedoktoran dalam kesusteraan melayu, dia telah menulis pelbagai buku. Penulisannya dikagumi dan menjadi rujukan bukan sahaja di negara ini.

Namun hari ini Hafiz kecewa. Kecewa dengan sebuah penulisan yang ditemuinya...


Boleh juga dibaca di Buasir Otak

No comments:

Post a Comment