Dup! Tap! Tap! Tap!....
Farid terjaga dari tidur, dia ternampak
Amir membuka pintu bilik dan berlari keluar.
"Kacau betul!" marahnya dalam
hati.
Pintu yang terbuka menjemput angin yang
sejuk masuk. Tidak tahan dengan kesejukan itu, Farid bingkas bangun berjalan ke
arah pintu.
" Dah tahu nasi kat Kedai Pondan tu
beracun, pergi makan jugak," rungut Farid.
Pintu ditutup dan dikuncinya.
"Padan muka kau, tidur kat luar"
Farid kembali ke katil. Baring di atas
tilam. Dia tidak pasti berapa ramai orang sudah menggunakan tilamnya. Dia tidak
ambil pusing. Dia baring dan selang 5 minit segalanya menjadi kabur....
Farid membuka matanya. Pelik dengan
suasana di sekelilingnya. Dia tidak berada di dalam bilik, tetapi di dalam
sebuah hutan. Dia bingkas bangun dan berdiri. Bulan penuh meyinarkan seluruh
hutan. Walaupun kaget, dia mengagumi kecantikan hutan itu.
Dia membuka langkah, walaupun tidak
berselipar, dia memijak dengan yakin.
"Dekat mana aku ni?" soalnya
kepada diri sendiri.
"Krak!" kedengaran seperti
ranting patah dipijak sesuatu. Farid menoleh kearah dari mana bunyi itu datang.
Farid terkejut dan tergamam. Kira kira
20 kaki dihadapannya, berdiri seorang wanita yang sangat cantik. Muka bujur
sirih, berambut panjang melepasi bahu. Berselendang jarang dan memakai kebaya.
"Apa perempuan ni buat kat tengah
hutan ni?"
Perempuan itu melambai seperti
memanggilnya. Bagaikan terpukau, Farid melangkah ke arahnya.
Semakin dekat, semakin terserlah
kecantikan wanita itu. Lebih cantik dari Zira, rakan sekelas yang bukan sahaja
menjadi kegilaan Farid tetapi kegilaan seluruh sekolah.
Wanita itu membuka langkah. Farid
mempercepatkan langkahnya untuk berjalan beriringan dengan wanita itu. Mereka
berjalan menyusuri denai tanpa berkata apa-apa.
Mereka berhenti apabila mereka tiba di
sebuah sungai. Air sungai itu cetek dan jernih. Wanita itu masuk ke dalam
sungai itu. Dia melambai memanggil Farid. Farid menurut.
Farid menjejakkan kaki kedalam sungai
itu. Kesejukannya meresap ke kepala. Terasa kesegarannya.
Wanita itu menunduk. Mencedok sedikit
air dan mula merenjiskam kepada Farid.
Tatkala air itu kena ke muka Farid, dia
terkejut. Di sebalik, air yang jernih, air sungai itu berbau semacam.
Wanita itu mencedok lagi air dan
merenjiskan kepada Farid.
Kali ini Farid pasti apa bau itu.
Hancing seperti air kencing.
Apabila renjisan ketiga kena pada
mukanya, Farid menyapu-nyapu mukanya.
Farid membuka matanya... Dalam keadaan
terpinga-pinga dia melihat keadaan sekeliling. Dia berada di dalam biliknya dan
bukan di dalam sungai bersama wanita cantik tadi.
"Cis! Mimpi," rungut Farid
namun sedikit lega.
"Tup." Titisan air jatuh ke
dahi Farid.
Farid menyapu air itu dan medula
oblongatanya mengarahkan dia menghidunya.
"Hancing!"
"Tup." Jatuh lagi satu titisan
air. Hinggap tepat dimulut Farid.
Farid bingkas bangun dan menyapu-nyapu
mulutnya.
Dia dapat lihat tompokan air yang besar
di bawah tilam Buncit.
"Celaka Buncit! Dah tua bangka, kau
kencing malam. Aku pulak kau jadikan target!" jerit Farid.
Dia menggoncangkan badan Buncit. Tiada
reaksi daripadanya.
Dengan nafsu amarah, diketuknya pula
kepala Farid. Tiada reaksi lagi.
Kepalanya kembali teringat dengan air
kencing yang masuk ke mulutnya. Dia berasa loya.
"Aku balik nanti, siap kau!"
jerit Farid ke arah Buncit.
Farid mengambil berus gigi dan ubat gigi
berserta tualanya. Dia membuka pintu bilik dan perasan yang Amir masih belum
balik dari tandas.
"Ada juga teman kat toilet,"
kata Farid.
Selepas pintu ditutup, Farid berjalan ke
tandas. Kesejukan malam menusuk ke tulang.
Dalam separuh jarak dari biliknya ke
tandas, dia ternampak Amir berlari keluar dan menuju ke arahnya.
Muka Amir pucat lesi. Tapi yang lebih
mengejutkan Farid, Amir hanya memakai seluar dalam dan bajunya diliputi
tompokan tompokan perang.
Setibanya Amir di hadapan Farid, terus
dipeluknya Farid.
Bau busuk menusuk hidung Farid.
"Kau apahal?" jerkah
Farid.
Amir hanya menunjuk-nunjukkan jarinya ke
arah tandas.
Farid menoleh dan tak nampak apa-apa
yang pelik.
"Apasal bau kau busuk semacam
nih?" soal Farid seraya menjerit.
"Taik," jawab Amir sambil
menundukkan kepala.
"Apalah nasib aku malam ni!"
jerit Farid. Sudahlah mukanya terkena air kencing. Sekarang, tinja manusia
meliputi badannya.
"Jom! Ikut aku pergi tandas! Apa
benda yang kau takut sangat, aku pun tak tahu," jerit Farid.
Amir menggelengngkan kepala untuk protes
namun Farid dah berjalan ke arah tandas.
Amir mengekori Farid. Dipegangnya hujung
baju Farid.
"Baik kau jalan jauh sikit dari
aku! Kalau tak, penumbuk aku bagi," marah Farid. "Badan kau dah penuh
taik, tangan kau lagi aku tak percaya!"
Farid teruskan langkahnya dan Amir
berada kira-kira 5 kaki di belakangnya.
Farid mengelamun mengingatkan kembali
apa yang terjadi malam ni. Mimpi indahnya bertukar tragedi apabila dia terjaga.
Dalam keadaannya yang mengelamun itu,
tiba-tiba berus giginya terjatuh. Betul- betul di antara dua kakinya.
Farid membongkok mahu mengutip berus
giginya...
Dalam posisi itulah dia ternampak.
Amir yang berada di belakangnya juga
berhenti. Farid mengebil-ngebilkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang
dilihat di antara dua celah kangkangnya.
Kaki Amir kelihatan terapung-apung.
Tidak jejak tanah!
Amir bingkas bangun. Bulu romanya sudah
bediri tegak. Seperti askar dalam pembarisan.
Dia mempercepatkan langkah. Dapat
dirasakan olehnya, Amir juga mempercepatkan 'langkah'.
Bahu tinja tadi hilang tiba-tiba.
Menusuk di hidungnya bau haruman seperti bunga. Dahi Farid berpeluh, air mata
juga keluar dari matanya.
Tiba-tiba Farid dapatkan rasakan 'Amir'
berjaya mengejarnya. Kepala 'Amir' terasa seperti di belakang kiri telinganya.
"Daaaaaahhhhh taaaahuuuuu
yeeeeeeer," satu suara halus yang mengerikan berbisik di telinganya.
Farid dapat rasakan yang sekelilingnya
berpusing. Langkahnya tidak menentu, dan akhirnya dia rebah di koridor.
Semuanya menjadi gelap...
Epilog
Titit... Titit...
Penyu menutup jam loceng. Jam
menunjukkan pukul 6 pagi.
Dia bangun dan menggosok mata sambil
melihat keadaan di sekeliling biliknya.
"Awal betul dua orang ni
bangun," katanya bila Amir dan Farid tidak kelihatan di katil mereka.
Dia cuba mengejut Buncit. Digoncangnya
badan Buncit, namum tiada respon.
Bau hancing masuk ke hidungnya. Dalam
keadaan terkejut itu, dia cuba memusingkan badan Buncit. Dia bertambah terkejut
apabila ternampak mulut Buncit berbuih, mata putihnya sahaja yang kelihatan.
Dia sedikit lega bila nampak yang Buncit masih bernafas.
Dia menampar muka Buncit. Namun tiada
reaksi.
"Woi! Bangun semua woi!"
Penyu terdengar jeritan di koridor.
Penyu meninggalkan Buncit dan berlari
keluar.
Dua menuju ke arah 5 orang yang
berkumpul mengelilingi satu jasad yang terbaring di koridor.
"Farid!" jerit Penyu setibanya
dia berdekatan dengan kumpulan itu tadi. Seperti Buncit, Farid juga pengsan.
Mulut berbuih dan hanya mata putih yang kelihatan.
"Dalam ni lagi sorang woi!"
jeritan dari tandas pula kedengaran.
Penyu bagaikan sudah mengetahui siapa
yang pengsan di dalam tandas. Dia berlari ke tandas.
Beberapa rakan mengelilingi bilik jamban
ke empat. Selepas berjaya menolak dirinya ke depan. Dia dapat lihat Amir
terbaring di dalam mangkuk tandas. Anunya terdedah. Badannya diliputi benda
berwarna perang.
Seperti Buncit dan Farid, Amir pengsan.
"Apa jadi kat roommate kau
ni?" soal satu rakan.
No comments:
Post a Comment