Sunday, June 15, 2014

Tidak terlewat untuk segalanya

Gambar Hiasan
Salim nekad untuk keluar dari rumah itu. Selepas teruk dibelasah bapanya. Jika ibu bapanya tidak dapat memerima dirinya, dia rasa tidak perlu lagi di menetap di rumah ini.

Tatkala Salim keluar dari rumah, ibunya merayu agar dia jangan pergi. Hatinya terusik namun kata-kata bapanya memmbuatkan dia bertambah nekad.

"Biar dia keluar! Aku tak ada anak macam ni! Kalau lembut tak apa! Ni pakai pun dah macam perempuan!"

"Cuba kau ikut macam Salleh ni!"


Salim memandang Salleh yang berdiri di sebelah bapanya itu. Pandangan jijik diberikan oleh Salleh akan Salim ingat sampai bila-bila seperti mana kata-kata bapanya itu.

Memang Salleh anak kesayangan. Salleh memang bijak dalam pelajaran. Dia bijak berbicara. Yang paling penting, Salleh tiada kecenderungan seperti dirinya. Salleh lelaki sejati. Namun Salim kenal adiknya itu. Personaliti anak yang baik hanyalah satu topeng.

Salim mengangkat begnya. Melenggok-lenggok dia berjalan keluar pagar rumah diiringi tangisan ibunya. Salim tahu ke mana di harus pergi. Rumah Nasha. Atau seperti di dalam kad pengenalan, Nasurudin Bin Hamidun.

Lima tahun pun berlalu. Salim kini dikenali sebagai Sally.

Sally dan Nasha berkerja di sebuah kilang elektronik. Tetapi hanya untuk siang hari. Pada sebelah malam, mereka berdua akan ke Kuala Lumpur. Berdiri di lorong-lorong gelap dengan pakaian seksi mereka. Menunggu pelanggan bernafsu songsang.

Sally gembira dengan kehidupannya. Dia dapat mengikut kehendaknya. Bukan sahaja dari segi pakaian malah nafsunya juga dapat dipenuhi.

Suatu hari, Nasha ditimpa demam yang panjang. Dia berasa keletihan dan sendinya terasa sangat sakit. Semakin lama demam Nasha semakin teruk, berat badannya juga menurun.

Sally membawa Nasha ke hospital. Walaupun jururawat memanggil nama seperti di dalam kad pengenalan Nasha. Sally tidak ambil peduli untuk memarahi jururawat tersebut. Keadaan rakannya itu sangat teruk.

Doktor bertugas membuat pemeriksaan dan berkata perlu membuat ujian darah. Denggi? Fikir Sally. Memang kawasan perumahan yang mereka tinggal banyak nyamuk.

Selepas beberapa jam menunggu. Doktor itu kembali bersama laporan ujian darah Nasha. 

"Berdasarkan laporan yang saya terima, Encik Nasarudin didapati positif HIV. Kesal untuk saya katakan yang penyakit AIDS yang dihudapinya ini sudah pada tahap kronik," kata doktor itu.

Sally tergamam. Dia tidak menyangka yang dia boleh kehilangan rakan baiknya itu. Nasha tidak dapat menerima nasibnya itu. Koridor hospital itu dipenuhi dengan suara tangisannya.

Setiap hari Sally akan berkunjung ke hospital untuk memeriksa keadaan kawannya itu. Setiap hari juga kesihatan Nasha semakin merosot.

Sally sudah pun membuat panggilan kepada bapa Nasha dan menceritakan apa yang terjadi. Namun sehingga hari ini, tiada satu saudara pun yang datang mengunjungi Nasha.

Selepas tiga bulan bertarung, Nasha menghembuskan nafas terakhir. Sally menguruskan pengkebumian Nasha. Menahan malu meminta bantuan jiran-jiran mereka. Sally tidak hadir semasa jenzaha Nasarudin disolatkan. Dia juga tidak hadir semasa Nasarudin dikebumikan. 

Malam itu Sally duduk di meja soleknya. Dia memandang wajah yang dipantulkan oleh cermin. Kematian Nasha menginsafkan dirinya. Dia teringat dosa-dosa yang dilakukannya. Jika pengakhirannya sama seperti Nasha, adakah ibu bapanya akan hadir mengiringi jenazahnya ke kubur?

Salleh membuka subang di telinganya. Dia membersihkan bibirnya dari gincu merah. Dia membasuh mukanya dari solekan. Dia menukar pakaian. Kemudian dia keluar dari rumah. Destinasinya? Masjid.

"Assalamualaikum."

Maimunah terkejut dan menuju ke arah pintu rumahnya.

"Waalaikumsalam," kata Maimunah sambil membuka pintu. Dia mengamati wajah yang lelaki yang berdiri dihadapannya. Wajah lelaki itu manis tersenyum dengan sedikit janggut di dagu. Jubah dan serban putih dipakai oleh lelaki itu. Maimunah seperti kenal dengan lelaki itu.

"Mak," kata lelaki itu.

"Salim! Ya Allah. Alhamdulillah. Rindunya mak," kata Maimunah seraya tangisan keluar dari matanya. Dia memeluk Salim erat-erat.

Salim membalas pelukan ibunya dan meminta ampun berkali-kali. Maimunah memang sudah lama memaafkan anaknya itu. Setiap hari dia berdoa hidayah diberikan kepada anaknya itu. Dia juga berdoa anaknya kembali. Dia bersyukur yang doanya dimakbulkan.

Darus, bapa Salim tiba di pintu rumah. Terkejut dengan perubahan anaknya itu.

Salim meminta maaf kepada bapanya juga. Seperti isterinya, Darus memaafkan Salim dan bersyukur.

"Masuk-masuk. Salleh pun ada. Dah seminggu dia kat sini. Bercuti," kata Maimunah.

Salim dapat melihat Salleh berdiri di belakang ibunya. Dia memberikan senyuman namun dibalas acuh tidak acuh oleh Salleh.

Tiba-tiba, dua kereta peronda polis berhenti di hadapan rumah mereka. Semuanya terkejut kecuali Salleh yang sudah berlari ke luar rumah. Tiga orang polis mengejar Salleh dan berjaya menahannya.

"Apa semua ini Tuan ?" soal Darus.

"Anak encik, Salleh terlibat dengan dalam kes penggelapan wang syarikat. Dia suspek utama kami," jawab polis berpangkat Sarjan.

Sebelum Salleh dimasukkan ke dalam kereta peronda, dia dapat melihat Salim berdiri di hadapan pintu. Di tempat yang sama Salleh berdiri ketika Salim keluar dari rumah.


Namun Salim tidak memberikan pandangan yang jelik. Tetapi pandangan yang penuh kesedihan dan kerisauan.

No comments:

Post a Comment