Tuesday, June 10, 2014

DWI (3): Pejabat

Inspektor Rahman tiba di pejabatnya. Bermacam - macam soalan bermain difikirannya. Kes penculikan yang mudah bertukar menjadi kes pembunuhan yang ngeri. Tiga mayat dengan cara pembunuhan yang sama. Potongan di leher, peha dan achiles. Namun kepalanya tertumpu kepada kata-kata terakhir lelaki ketiga.

"Dua ?" Inspektor Rahman mengulangi kata-kata lelaki itu. "Apa maksudnya ?"

Lamunannnya terhenti apabila pintunya di ketuk. DSP Borhan, ketuanya, masuk ke bilik.


Lelaki bertubuh gempal itu duduk di hadapannya. Hormat Inspektor Rahman kepada ketuanya itu hanya pada dasar pangkat dan protokol. Sikap ketuanya yang terlalu terburu-buru mahu menutup sesuatu kes bercanggah dengan falsafahnya. Tambahan dengan sifat talam dua muka lelaki ini membuatkan dia tidak menyukai ASP Borhan.

"Tuan," kata Inspektor Rahman. Protokol.

"Kes penculikan Cik Sofea awak lakukan dengan baik. Dia sekarang berada di hospital. Pemeriksaan perubatan sedang dilakukan," kata ASP Borhan.

"Dato' Hamid sangata gembira dan mengucapkan terima kasih kepada kita," sambung ASP Borhan lagi.

"Kita ?" Inspektor Borhan hanya berkata di dalam hati.

Sofea. Anak tunggal Dato' Borhan. Gadis malang dilaporkan diculik sehari selepas Dato' Borhan menerima panggilan daripada penculik. Wang tebusan yang diminta adalah RM 1 juta. Seperti mana-mana kes penculikan, penculik akan mengugut supaya jangan melaporkan kepada pihak polis. Dato' Borhan membuat langkah bijak walaupun sedikit lewat. Hasil siasatan dan laporan saksi mereka berjaya menjejak di mana Sofea disorokkan. Semuanya mudah sehingga terjumpanya mayat tiga lelaki di rumah usang itu.

"Kes ini boleh ditutup. Sofea sudah selamat," kata DSP Borhan, menghentikan lamunan Inspektor Rahman.

"Tapi tuan, ada tiga mayat dijumpai di lokasi tersebut. Di bunuh dengan cara yang kejam," bantah Imspektor Rahman.

"Tak perlu proceed. ID mereka dengan rakaman CCTV di mana Cik Sofea diculik. Sahkan wajah penculik dengan mayat-mayat kau jumpa. Buat laporan dan hantar kepada saya," balas DSP Borhan.

Inspektor Rahman mahu membantah lagi namun DSP Borhan sudah pun bangun. 

"Laporan. Tujuh hari," katanya sebelum berlalu pergi.

Inspektor Rahman hanya mengetap bibir menahan marah.

Dia membuka buku notanya. Menyelak setiap helaian yang berkaitan dengan kes penculikan itu. Cuba untuk mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di mindanya.

Melalui rakaman CCTV sebelum ini, Cik Sofea telah diculik oleh tiga lelaki semasa sedang mengisi minyak. Kejadian berlaku pada tengah malam. Ketiga-tuga lelaki itu menarik Sofea ke arah kenderaan mereka dan kemudia memecut meniggalkan tempat tersebut. 

Tiada siapa di situ kecuali penjaga kaunter. Oleh kerana pandangan yang terhalang, penjaga kaunter hanya dapat mengesahkan yang Sofea dilarikan dengan kereta berwarna merah.

Kesilapan yang dilakukan oleh penculik-penculik itu ialah mereka tidak mencuba untuk pengsankan Sofea. Beberapa saksi dapat melihat pergelutan di dalam kereta dan mengecam kenderaan mereka. Yang lebih memudahkan siasatan pihak polis ialah penculik tidak pergi jauh untuk menyorokkan mangsa.

Apabila tiba di helaian apa yang berlaku hari ini dicatat, Inspektor Rahman berhenti menyelak notanya.

"Pendek lah laporan aku," fikirnya sambil tersenyum.

Namun dia terus menyelak nota-notanya. Keadaan bagaimana Sofea dijumpai. Deskripsi mayat-mayat di dalam kedua-dua bilik. Mayat di dalam semak di luar rumah. Dia hanya berhenti apabila tertulis di notanya nombor '2'.

Perasaan ingin tahu membuak-buak. Dia bingkas bangun. Keluar dari pejabatnya. Keluar dari bangunan menuju ke keretanya.

Destinasi yang dituju... Hospital


Bersambung

DWI(1)
DWI(4)

No comments:

Post a Comment