Kisah 2
"Tump!"
Buncit terjaga dari tidur. Dia ternampak
Amir membuka pintu dan berlari keluar.
"Bilik Termenung lah tu,"
bisiknya. Tersenyum bila teringat cerita Laksamana Do Re Mi.
Katilnya bergoyang dan kelihatan Farid,
yang tidur di bawahnya, berjalan ke arah pintu sambil mengomel.
" Dah tahu nasi kat Kedai Pondan tu
beracun, pergi makan jugak," kedengaran rungutan dari Farid.
Buncit tersenyum lagi sekali. Dia
teringat tragedi yang sama menimpanya. Bersusah payah dia mengangkat badannya
yang "comel" tu untuk memanjat pagar dan hasilnya cirit birit tiga
hari tiga malam.
Farid sudah kembali ke katilnya dan
selang 5 minit, muzik dengkurannya dah kedengaran.
Buncit masih tak boleh memejamkan mata.
Dipusing kiri dan kanan, masih tak dapat melelapkan mata. "Celaka kau
Mir," dia pula mengomel.
"Tok... Tok... Tok... ,"
ketukan di pintu kedengaran.
"Panjang umur. Tapi kejap lagi aku
pendekkan," kata Buncit. Dia menunggu Farid untuk bangun dan membuka
pintu. Nak harapkan Penyu memang tak dapatlah. Setiap malam dia akan mati
selama enam jam.
"Tok, tok, tok," pintu diketuk
lagi sekali.
Botak masih menunggu.
"TOK! TOK! TOK!" ketukan makin
kuat.
"Yelah, yelah! Kejap"
Buncit turun dari katil dengan
kepayahan. Buat kali pertama dia bersetuju dengan Cikgu Borhan, dia perlukan
senaman.
Lepas pintu dibuka, tiada orang dekat
luar. "Mir ?" panggil Buncit. Namun, tiada jawapan. Dia mengeluarkan
kepala dan melihat suasana di koridor. Sunyi, tiada satu makhluk pun kelihatan.
Dalam keadaan terpinga-pinga, Buncit
menutup pintu.
Di saat dia mahu memanjat katil...
"Tok... Tok... Tok... "
Buncit menoleh ke pintu.
"Tok... Tok... Tok... "
Angin sudah naik satu badan. Buncit
terjun dan "berlari" ke pintu. Dibukanya pintu dengan kasar.
Tiada orang. Buncit keluar dari bilik.
Kepalanya ditoleh kiri dan kanan. Seperti tadi, tiada apa yang kelihatan.
Diintai bilik sebelah melalui tingkap. Semua penghuninya terlena.
Bulu roma Buncit berdiri. Meremang
tiba-tiba. Buncit teringat cerita-cerita angker yang disampaikan
senior-seniornya secara turun menurun.
Buncit masuk ke bilik dan dikuncinya.
Dia terus memanjat katil dan baring di atas tilam hamis yang sudah menjadi
milik lebih 20 manusia.
"Tok... Tok... Tok... "
Buncit dah menggigil.
Kemudian sunyi. Dengan sedikit
keberanian yang tinggal, buncit mengangkat sedikit selimut yang menyelubungi
mukanya. Cukup untuk melihat pintu bilik.
Buncit baru hendak melepaskan nafas lega
sebelum dia ternampak tombol pintu berpusing.
"Kriukkkkk....." Pintu bilik
terbuka.
Di dalam celahan kecil selimutnya,
Buncit ternampak kelibat masuk ke dalam bilik.
Dalam keadaan samar-samar itu Buncit
nampak yang makhluk itu jalan menunduk. Rambutnya yang panjang menutupi
mukanya. Pakaiannya putih. Tinggi lebih kurang tingginya.
Makhluk itu berjalan ke dalam bilik
perlahan-lahan. Berhenti di antara kedua-dua katil.
Makhluk itu berpusing memandang ke arah
Penyu. Buncit sudah tidak boleh tengok lagi. Badannya menggigil. Peluh keluar
mencurah-curah dari semua liang yang ada. Ditutup kepalanya perlahan-lahan
dengan selimut. Dipejam matanya rapat-rapat.
Selang beberapa detik...
" Saaaaaatuuuuu..... Dah
tidur......."
Suara seperti serak serak basah Ella
kedengaran. Tapi kalau Ella yang masuk di biliknya, Buncit pasti gembira untuk
menerkam. Namun Buncit tahu itu bukan Ella.
"Hik... Hik... Hik"
"Dia gelak pulak," bisik hati
Buncit yang memang sudah dipenuhi ketakutan.
"Duuuaaaaaaa... Dah tidur. Hik ...
Hik... Hik...," suara itu keluar lagi. Kali ini lebih jelas. Seperti
datang dari bawah katilnya.
Buncit sudah menangis. Air matanya turun
mencurah-curah. Dengan segala kederat yang ada, dia menahan daripada esakannya
kedengaran. Dia tahu apa yang menanti selepas ini.
"Tiiiiiiiggggaaaaaa" suara
yang lebih garau kedengaran.
"Puuurrrraaa puuuuurrrraaaa
tiiiduuuurrrr!"
Botak tidak boleh menahan ketakutannya
lagi... Air kencingnya terkeluar. Sangat banyak air yang keluar membasahi
tilamnya....
"Hik... Hik... Hik..."
Kedengaran tawa kecil itu sebelum
semuanya menjadi gelap.
Botak pengsan... Air keluar bukan sahaja
dari liang roma dan saluran kencingnya, mulutnya juga dah berbuih.
Pintu bilik B-2-10 tertutup....
Bahagian 1
Bahagian 3
No comments:
Post a Comment