Inspirasi: http://buasirotak.blogspot.com/2014/06/beza-perdebatan-parlimen-kita-dengan.html
Amin bercita-cita untuk menjadi seorang ahli politik. Dia menjadikan Tun Mahathir sebagai sumber inspirasinya. Ketegasannya dijadikan tauladan. Kepetahannya dijadikan amalan. Pemikirannya dijadikan inspirasi.
Suatu hari nanti dia berazam untuk membantu orang yang memerlukan. Berdebat untuk mencari solusi terbaik bagi memajukan negara yang dicintainya ini.
Sejak dari sekolah rendah lagi Amin mengasah bakatnya di dalam pidato. Dengan bantuan ibunya, seorang guru Bahasa Melayu, dan bapanya, seorang guru Bahasa Inggeris, dia berjaya mengusai kedua-dua bahasa. Tidak cujup dengan itu, pelbagai kelas pembahasan Amin hadiri. Semuanya untuk menajamkan lagi kemahiran berdebatnya.
Pelbagai kejohanan debat disertai Amin. Dia sentiasa terpilih untuk mewakili sekolah sejak dari darjah 4. Walaupun sekolahnya hanya memenangi tempat kedua di peringkat kebangsaan, namun Amin terpikih sebagai pendebat terbaik.
Amin juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Sebut sahaja program-program membantu masyarakat ataupun alam sekitar, Amin pasti menyertainya. Tidak seperti pelajar lain, Amin akan menjadi orang pertama untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Baginya membantu masyarakat adalah tugas utama seorang ahli politik.
Dia akan sentiasa ingat satu kutipan amal dilakukan pihak sekolah. Selain menyelia AJK lain, dia dipertanggungjawabkan untuk memberi ucapan di upacara penutupan kutipan amal tersebut. Amin berjaya menggerakkan rakan-rakannya yang menjadi AJK untuk bergerak dengan efisien dan berjaya mengutip lebih RM10000. Sumbangan bukan sahaja datang dari ibu bapa pelajar, ia juga datang dari kawasan perumahan di sekitar sekolahnya. Pengetua sekolahnya juga tidak menyangka yang 'think out of the box' Amin menjayakan program Amal tersebut.
Tetapi mereka lebih terkejut apabila Amin menyampaikan ucapannya. Dia kelihatan sangat menjiwai ucapannya. Kata-katanya jelas tanpa bantuan teks. Beberapa guru dan ibu bapa kelihatan terharu dengan ucapannya. Ada juga yang menangis.
Amin sangat disenangi ramai. Keperihatinan dan sopan santunnya membuatkan ramai orang menyukainya. Tak kira tua atau muda. Kawan atau lawan. Kenalan atau tidak. Semuanya menyukai Amin. Gangster-gangster sekolah turut menyukainya.
Hari ini merupakan hari bersejarah buat Amin. Buat kali pertamanya dia akan melawat ke gelanggang debat yang paling besar dalam negara ini. Walaupun tidak dapat menyertainya, namun dia tidak sabar untuk melihat ahli parlimen berdebat tentang usul yang diutarakan.
Amin dapat membayangkan kehangatan dewan. Ahlinya bertukar-tukar idea menyokomg atau membangkang usul yang diutarakan. Dia tidak sabar untuk mencedok ilmu dan pengalaman yang akan dilihatnya nanti.
Lawatan itu tiba jam 9:30 pagi dan persidangan akan bermula jam 10 pagi. Mereka dibawa melihat sekeliling bangunan diamana sesuatu undang-undang diluluskan. Amin semakin berdebar. Teruja dengan pengalaman yang akan disaksikan nanti.
Jam 10 pagi, mereka dibawa masuk ke tempat pelawat. Mereke duduk di bahagian atas. Ahli-ahli dewan yang dipilih oleh pengundi di tempat masing-masing mula memasuki dewan.
Speaker dewan memulakan persidangan. Amin tersenyum keriangan. Pengalam ini akan disematkan di dalam kepalanya sampai bila-bila.
Lebih satu jam dewan bersidang. Semuanya biasa sahaja. Menteri membaca dengan teks. Seperti membaca buku. Tiada jiwa. Tiada eksperesi. Tiada kehangatan. Mungkin sebab itulah, Amin ternampak beberapa ahli dewan sudah tertidur. Seperti Amin, mungkin mereka berasa bosan.
Apabila usul kedua dibincangkan, barulah Amin terasa sedikit kehangatan. Beberapa ahli dewan cuba mendapatkan ruang untuk bercakap.
Tapi bagi Amin mereka hanya bercakap dan bercakaran sesama sendiri. Tiada isi. Kedua-dua pihak hanya membuat serangan peribadi. Terjerit-jerit untuk tunjukkan siapa lebih gagah. Siapa lebih kuat bersuara.
Amin berasa kecewa. Pertamanya, keterujaannya hancur sama sekali. Dia tertanya-tanya bagaimana mereka ini dipilih oleh pengundi? Di mana ilmu ahli-ahli dewan ini? Di mana adab ahli-ahli dewan ini. Di mana debat ilmiah yang dia bayangkan selama ini?
Mampukah negara ini terus maju jika badan penggubal undang-undangnya bersikap begini?
Di dalam perjalanan pulang, Amin terdiam dan memikirkan nasib negaranya. Apa masa depan yang menanti untuk dia dan generasi akan datang.
Disebalik kedukaannya itu Amin berazam dia akan merubah segalanya.
Amin tidak tahu, betapa kotornya perjalanannya nanti...
tulisan awak sangat baik! nak jadi penulis jemputan kat Buasir Otak?
ReplyDeleteJujur saya cakap, tuan adalah orang pertama memberi komen dalam blog saya ni. Dan untuk terima pujian tuan, saya sangat berbesar hati. Tambah pulak dijemput menulis dekat blog tuan, lagi kembang. Hahaha
DeleteSaya baru sangat dalam buat blog. Ilmu tak ada.
Tapi kalau tuan menjemput, saya berbesar hati menerima. Masalahnya, saya tak tahu prosedurnya
@Prince of Noob
Saya pun tak pasti tuan boleh nampak tak reply saya ni
bagi emel nanti saya invite jadi author.
Deleteoh satu lagi, tak perlu ilmu dalam membuat blog, yang penting ada ilmu untuk menulis :)
Deleteceritagoreng@gmail.com
DeleteSaya dahulukan dengan terima kasih
Delete