Thursday, June 5, 2014

Mama Sayang Papa

Marah Meera membuak-buak. Telefon bimbitnya dihempaskan berulang kali.

"Sial punya Minah!" jerit Meera. Ain dan Nonot yang sedang menghirup teh ais terkejut. Air terkeluar dari hidung Nonot. Kalau dia selalu berada di dalam kelas Sains, dia pasti tahu tentang yang saluran hidung dan mulut bertemu.



"Kau apahal?!" jerkah Nonot selepas dia berasa sedikit lega.


"Ni ha!" jerit Meera sambil menunjukkan telefon bimbitnya.


Ain mengambil telefon bimbit itu dan Nonot menghampiri, curiga dengan apa yang hendak Meera tunjukkan. Aplikasi Facebook yang terpapar di telefon bimbit Meera menunjukkan gambar Shila, gadis kelas bersebelahan mereka. Shila sedang memeluk seorang lelaki. Selepas mengamati wajah lelaki itu, baru mereka berdua faham mengapa Meera marah.


"Jalang! Boleh dia peluk laki aku!" marah Meera lagi. Ain memerhatikan wajah Epul yang tersenyum dipeluk Shila. Rambut panjang ditarik kedepan itu menjadi kegilaan gadis-gadis di sekolah mereka. Ain menekan beberapa butang. "Status dia Married doh dengan Epul."


"Wah! Ini sudah lebih! Aku couple dengan Epul dah dua bulan kot," marah Meera lagi. "Takkan nak biar ajer?" soal Nonot, membatu apikan lagi keadaan. 


"Esok, tahulah dia siapa yang layak dapat Epul!" herdik Meera.


Jam 10 pagi, apabila semua pelajar bersedia untuk waktu rehat, Meera, Ain dan Nonot sudah sampai di kelas sebelah. Kelihatan Shila sedang duduk di tempatnya.


"KKrrrriiiinnngggg!" loceng berbunyi. Cikgu Midah keluar dari kelas. Ini saat di tunggu Meera dan rakan-rakannya. Mereka menyerbu masuk.


"Woi! Perempuan!" jerkah Meera seraya menendang kerusi Shila.


"Ko apahal?" balas Shila. Fazlin dan Nadia, rakan baiknya, menghampiri dan berdiri di belakangnya.


"Apa kau buat dengan Epul hah?" jerit Meera. "Aku couple dengan dia dah lama kot."


"Pahal pulak! Aku dengan dia dah dua bulan couple," balas Shila. "Dia sayang aku dowh! Dia pernah cium kaki aku nak tunjuk betapa sayangnya dia dekat aku."


"Dia cium pipi aku nak tunjuk dia sayang dekat aku!" jerit Meera, tidak mahu mengalah.


"Aku nak kau jangan jumpa dengan Epul lagi. Kalau tak...," kata Meera sebelum dibalas Shila."Kalau tak, apa?".


Darah Meera sudah menyirap. Dia menghampiri Shila dan menolaknya. Shila hampir terjatuh dari kerusinya.


Selepas menstabilkan kedudukannya, Shila bangun dan kali ini giliran dia menolak Meera. Meera terjatuh.


Pelajar-pelajar lain sudah berkumpul di dalam dan luar kelas. Mereka ingin tahu apa yang terjadi dan kebanyakkanny hanya mahu tengok siapa yang akan menang.


Meera bangun dan menarik rambut Shila. Pergaduhan itu pun bermula.


Tamparan dibalas tamparan. Tarik dibalas tarik. Tumbuk dibalas tumbuk. Tendang dibalas tendang.


Jeritan mereka berdua semakin kuat. Masing-masing ingin membuktikan cinta mereka kepada Epul.


Di luar kelas, Epul berdiri memerhati bersama-sama rakan-rakannya. "Gua respect lu bro," kata Anip. "Awekz gaduh sebab lu."


"Tengok kaki lah Bro," kata Epul sambil membuka langkah meninggalkan tempat itu. Dia tersenyum bangga...

No comments:

Post a Comment