Tuesday, June 17, 2014

DWI (5): Ikatan

Seminggu sudah berlalu sejak insiden di rumah usang itu. Inspektor Rahman telah menyiapkan laporan kes penculikan Sofea. Namun laporannya tidak lengkap. Walaupun tiga mayat lelaki itu dapat dicam sebagai penculik Sofea, bagaimana mereka dibunuh masih belum terjawab. Tapi laporan itu sudah cukup untuk ketuanya ASP Borhan.


Insiden di hospital seminggu yang lalu itu juga menyebabkan dia teruk dimarah ASP Borhan. Sejurus dia pulang dari hospital, ASP Borhan telah menerima panggilan dari Dato' Hisham. Apa yang terjadi disampaikan dengan kemarahan.

Inspektor telah membuat sedikit penyelidikan. Sofea memang anak angkat kepada Dato' Hisham dan Datin Soraya. Sofea telah di bawa ke rumah mereka ketika berumur 9 tahun. Dia diambil dari Rumah Bakti, sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim.

Tok... Tok... Tok...

Seorang pegawai berdiri dihadapan pintu bilik Inspektor Rahman. "Tuan ini laporan forensik kes Cik Sofea. Baru tiba tadi," lapor pegawai itu.

"Terima kasih," balas Inspektor Rahman sambil menyambut fail yang dihulurkan lelaki itu. Pegawai itu beredar.

Inspketor Rahman hanya merenung fail di atas mejanya itu. Dia berbelah bahagi. Patutkah dia ambil tahu? Perasaannya mengatakan ya.

Dia membaca helaian laporan itu satu-satu. Setiap gambar dibeleknya. 

Dia berhenti apabila terbaca sesuatu yang tercatat di laporan itu,

Selepas diuji, darah yang terdapat di baju Sofea didapati positif adalah darah dari ketiga-tiga penculik.

Inspektor Rahman terdiam. Dia membayangkan sesuatu yang mustahil.

Dia teringat gambar-gambar yang dibeleknya tadi. Dia mencari-cari antara gambar-gambar yang berterabur di atas meja.

Satu gambar tangan Sofea. Satu lagi gambar kaki Sofea. Dia membelek gambar-gambar itu.

Kesan lebam yang panjang dapat dilihat di kedua-dua pergelangan Sofea. Ketika Sofea dijumpai, Inspektor pasti yang tangan Sofea tidak diikat. Pada masa itu, dia terfikir yang mungkin penculiknya yang meleraikan ikatan itu. Namun apabila terbaca laporan forensik itu, dia merubah persepsinya.

Untuk gambar kedua, Inspektor Rahim mengeluarkan seutas tali rafia dari mejanya. Dia melilit tali itu dikakinya dan kedua dua hujung diikat. 

Hasil simpulannya dibandingkan dengan gambar ikatan dikaki Sofea. Sama! Simpulan di atas dan hujung tali menghala ke arahnya dan bukan ke bawah.

Kini Inspektor Rahman pasti. Pasti yang Sofea berjaya meleraikan ikatan tangannya. Yang paling penting, dia pasti yang Sofea sendiri yang mengikat tali di kakinya sendiri.

Namun itu tidak cukup untuk Inspektor Rahman meyakinkan dirinya tentang persepsi yang baru terbina. Dia memerlukan lebih bukti.

Inspektor Rahman tahu ke mana dia harus pergi. Dia bingkas bangun dan keluar dari pejabatnya. Dia berjalan dengan pantas ke arah pintu utama bangunan.

"Inspketor," terdengar suaa seorang perempuan memanggilnya.

Inspektor Rahman menoleh. Datun Soraya memandangnya dengan muka yang sugul.


Bersambung...

DWI (1)

No comments:

Post a Comment