Thursday, June 12, 2014

Maut ditikam kekasih

Gambar Hiasan
(Sumber Gambar: Harian Metro)
Ramlan keluar dari rumah. Tiada guna bergaduh dengan isterinya. Pasti dia yang akan kalah. Bebelan Maznah masih kedengaran apabila dia menutup pagar rumah. "Dapat isteri bengis macam singa. Mulut macam radio."

Dia menghidupkan keretanya dan memandu ke arah destinasi dia melampiaskan nafsu dan amarahnya. Kali ini, amarah.

Ramlan memicit-micit butang di telefonnya. "Endah, 30 minit aku sampai."


Gadis yang menjawab telefon itu menekan butang letak di telefonnya. Endah sangat arif dengan perangai Rahman. Mereka sudah bersama selama setahun. Kurang sedikit dari Tempoh masa Endah berkerja di restoran yang diusahakan Rahman dan Maznah. Dari suara Rahman tadi, Endah tahu apa yang akan berlaku padanya apabila Rahman tiba.

Pada mulanya Ramlan hanya bermain mata. Kemudian semakin berani menyentuhnya. Endah pula pada mulanya tidak menghiraukan Ramlan. Namum pujuk rayu dan janji-janji manis Ramlan membuatkan dia lemah.

Endah teringat pertama kali mereka keluar bersama. Rahman membawanya ke kedai barangan yang dia tak mampu miliki. Membelikan dia beberapa pakaian yang cantik. Rahman membawanya makan di kedai yang sedap. Dia jatuh cinta. Setidak-tidaknya hidupnya akan lebih mudah dan selesa.

Namun hari tidak sentiasa panas. Tidak ketahuan oleh Endah yang Ramlan mempunyai sikap panas baran yang melampau. Terutama selepas bergaduh dengan Maznah. Teruk Endah dikerjakan. Apabila Maznah bertanya tentang luka-luka pada mukanya, Endah hanya bisu seribu bahasa.

Endah tersedar dari lamunannya. Pintu diketuk dengan kuat.

Apabila Endah membuka pintu rumah pangsa yang disewanya itu, Ramlan menolaknya. Endah terjatuh di lantai. Tangannya, atas tindakan refleks, cuba menahan dirinya. Namun tolakan itu terlalu kuat. Sikunya kesakitan.

"Buka pintu pun lambat!" jerkah Ramlan. Tidak mengendahkan kesakitan yang dialami Endah. "Pergi buat aku air," sambungnya lagi.

Dengan penuh kepayahan Endah mengangkat dirinya. Dia berjalan ke arah dapur. "Apa yang kau terhegeh-hegeh lagi!" Endah melajukan langkahnya.

Dia membuat teh o panas dan membawanya kepada Ramlan. Setibanya di depan Ramlan, tiba-tiba kesakitan di tangannya menyengat. Air yang di pegangnya terlepas. Air teh o panas itu tertumpah di peha Ramlan.

"Aduh! Panas!" jerit Ramlan. Di menepis seluarnya agar kepanasan itu hilang.

Endah hanya tergamam. 

Ramlan memusingkan badannya ke arah Endah. Mukanya bengis. Dia membuka tali pinggangnya.

"Aku tahu kau sengajakan!" jerit Rahman sambil melibaskan tali pinggang pada Endah. Endah mengerang kesakitan apabila tali pinggang itu hinggap di badannya. Kesakitan yang amat sangat terasa.

Teriakan kesakita dan tangisan Endah bagai menggalakkan lagi kemarahan Ramlan. Endah diangkat dan ditumbuknya di bahagian perut. Endah menekan perutnya menahan kesakitan.

Pang! Satu hayunan tamparan kena pada muka Endah. 

Dengan segala tenaga yang ada, Endah menendang Ramlan. Ramlan berjaya dijauhkan namun dia tidak jatuh. Endah berlari ke dapur. Namum sekejap sahaja Ramlan sudah dapat mengejarnya.

Satu tendangan hinggap di belakang Endah. Ini menyebabkan dia terjatuh dengan kepalanya terkena pada kabinet dapur. Darah panas mengalir dari kepalanya. 

Endah nekad, dia menggapai pisau dia atas kabinet dan mengacukan ke arah Ramlan. Dengan harapan Ramlan akan meniggalkan rumahnya itu. Endah berjaya berdiri.

Reaksi Endah itu membuatkan kemarahan Ramlan menjadi luar kawalan. "Kau nak buat apa dengan pisau tu ha?" Jerkah Ramlan. "Kau nak bunuh aku? Lepas aku bagu kau macam-macam?"

Dia berlari ke arah Endah. Ketika itulah pusau itu tertusuk di peha Ramlan. Ramlan terjatuh dan mengerang kesakitan.

Endah nampak peluang di depan mata. Dia memijak-mijak luka di peha Rahman itu. Perasaan benci menutup kesakitan yang dialami Endah.

Dengan pisau di tangannya, Endah menikam dada Ramlan. Sedalam-dalamnya. Ramlan menggelupur. Bertarung dengan nyawanya. Selepas beberapa ketika, tubuhnya tidak bergerak. 

Endah puas. Lelaki yang dibencinya itu telah mati. Namun kepuasan bergantu dengan kerisauan. Dia pasti masuk penjara jika tertangkap. 

Tanpa berlengah dia membersihkan dirinya. Menukar pakaian dan memasukkan beberapa baju ke dalam beg. 

Sedang dia menuju ke arah pintu, dia dapat melihat mayat Ramlan. Mata terbuka dan lidah terjelir. Pasti kematiannya dipenuhi kesakitan. Endah tersenyum.

Apabila Endah membuka pintu, beberapa jiran yang dikenalinya berada di hadapannya. Salah seorang dari mereka sempat melihat mayat Ramlan yang terkujur di tengah bilik.

"Tangkap dia!" Jerit lelaki itu. Endah cuba melepaskan diri dari tangan-tangan yang menahannya. Ternyata terlalu ramai yang menahannya. Akhirnnya dia mengalah.

"Telefon polis," kata salah seorang yang menahannya...

Di rumah Ramlan, Maznah menunggu kepulangan suaminya. Entah kenapa, terbit kekesalan dalam diri Maznah. Dia teringat didikan agama yang diberi ustazah semasa zaman persekolahan, isteri perlu menghormati suami mereka.

Maznah telah masak makanan kegemaran Ramlan. Dia bersedia untuk meminta ampun dari suaminya. Takut syurga menjauh dengan jika suaminya tidak memaafkannya.


Maznah tidak tahu yang semuanya telah terlambat...

No comments:

Post a Comment