Sunday, June 29, 2014

Geralan Keganasan (Terrorism) Yang Berhasil

Sejarah keganasan yang direkodkan bermula pada tahun pertama masihi lagi. Di mana orang-orang yahudi menentang pendudukan Rom di Judea. Satu lagi contoh adalah kumpulan Hashashin di Parsi pada kurun ke 11 masihi. Perkataan assassin berasal dari kumpulan ini. Sejarah awal keganasan hanya melibatkan pembunuhan pembesar atau ahli politik sebagai satu bentuk protes.

Wednesday, June 25, 2014

Apa Boleh Buat?

Zainab diarahkan oleh editornya untuk untuk mengupas dan melaporkan berita penganiyaan kanak-kanak OKU yang berlaku baru-baru ini. Ditinggalkan kelaparan dan tanpa diurus mencetus satu fenomena di negara ini. Teruk juga ibunya dikutuk dan dicaci.

Di atas dasar tanggungjawab kewartawanan, dia pergi untuk melakukan siasatan. Sumber utama baginya adalah ibu kepada kanak-kanak tersebut.

Monday, June 23, 2014

Kekecewaan Hafiz Yang Berkelainan Upaya

Hafiz tidak pernah merungut tentang keaadan dirinya. Takdir tuhan diterimanya. Dilahirkan berbeza tidak semestinya menjadi satu penghalang untuk dia berjaya.

Dia menjadikan Prof Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh sebagai idolanya. Tak perlu pergi jauh untuk mencari idola. Walaupun berlainan upaya, Prof terkenal sebagai pakar ekonomi. Ini menjadi inspirasi kepada Hafiz untuk mendakap kejayaan.

Graviti Mama




Daniel melompat-melompat dan terfikir satu persoalan. Dia bertanya kepada ibunya.

Sunday, June 22, 2014

DWI (7): Lawatan

Inspektor Rahman tiba di Rumah Bakti. Dia meletakkan kenderaannya di hadapan pejabat pengurusan. Setelah memperkenalkan dirinya, dia dibawa berjumpa dengan pengurus rumah anak yatim itu.

Puan Normah, perempuan berusia di dalam lingkungan 50an itu, duduk di kerusinya. Mukanya tenang dan sentiasa tersenyum. Terpancar cahaya keibuan di mukanya. Mungkin itu yang membantu dia menguruskan rumah ini dengan komited.

Tak Ada Idea

1) Sifir

Nazmi kepeningan. Esok ada ujian matematik. Sifir 2 sampai 9 masih  belum dihafalnya. Pulang dari sekolah dia fikirkan cara untuk lebih mudah menghafal sifir. Dia mendapati dia dapat mengingat dengan lebih baik apabila dia menulis balik benda itu.

Namun hasrat murninya itu terpaksa dihentikan. Ayahnya mengamuk sakan!


Saturday, June 21, 2014

DWI (6): Datin Soraya

Mereka duduk di meja makan kedai mamak berdekatan dengan pejabat Inspektor Rahman. Masing-masing memesan minuman. Kedua-duanya membisu sehingga pesanan mereka sampai.

Inspektor Rahman membiarkan Datin Soraya terus berdiam diri. Wajahnya yang dalam kesedihan menimbulkan tanda tanya. Dia tahu Datin Soraya mahu menceritakan sesuatu. Namun dia tidak tahu apa isinya.

Mak Leha Belajar ICT

Di hari pertama Mak Leha masuk ke Pusat Jalur Lebar Komuniti di kampungnya, dia terasa janggal. Namun semangatnya diperkuatkan. Dia ingin belajar. Itu yang utama.

Pada mulanya, warga emas sepertinya diajar membuka laman web kerajaan. Segala tunjuk ajar diberikan Penyelia IT pusat tersebut. Mak Leha kagum bagaimana semua informasi dapat diperolehi di hujung jari. Namun Mak Leha masih dahagakan ilmu. Dia mahu belajar lebih lagi.

Mak Leha belajar tentang apa itu komputer. Dari skrin, papan kekunci, tetikus, unit pemprosesan dan sebagainya. Sepanjang hidupnya, lebih kurang 60 tahun, ini kali pertama Mak Leha mengakui yang ilmu dan pengalamannya cetek.

Tak Ada Idea

1) Muka Lepas Beri Komen

Kekadang aku tertanya-tanya macam mana rupa kita lepas beri komen dekat blog. Terutama komen yang nak menunjukkan kita pandai?

Adakah macam ni?

Thursday, June 19, 2014

Siapa Raja Di Savana Ini?

Hari ini merupakan hari penentuan. Savana ini akan mempunyai raja yang baru. Singa yang lebih kuat akan memerintah savana ini.

Di satu pihak, Gelespe, singa yang mahu memertahankan haknya. Walaupun sebenarnya raja perlu dipilih, namun populariti keluarga mereka menyebabkan takhta itu diturunkan secara turun menurun. Bagi Gelespe, dialah yang patut menggantikan bapanya.


Wednesday, June 18, 2014

Disebalik Sebuah Facebook Status

16 Jun, 9:23 am.

Perasaan Deraman berbaur marah dan sedih. Anak lelakinya,Faizul terlantar di katil wad kecemasan sejak dari malam tadi. Dunia patut tahu apa yang terjadi kepada anaknya.

Deraman mengambil gambar anaknya yang sedang koma itu. Beberapa gambar diambil bagi mendapatkan gambar yang terbaik untuk menunjukkan keadaan anaknya itu. Setelah berpuas hati, dia membuka aplikasi Facebook di telefon pintarnya.

Tuesday, June 17, 2014

DWI (5): Ikatan

Seminggu sudah berlalu sejak insiden di rumah usang itu. Inspektor Rahman telah menyiapkan laporan kes penculikan Sofea. Namun laporannya tidak lengkap. Walaupun tiga mayat lelaki itu dapat dicam sebagai penculik Sofea, bagaimana mereka dibunuh masih belum terjawab. Tapi laporan itu sudah cukup untuk ketuanya ASP Borhan.

Monday, June 16, 2014

Tak Ada Idea

Nyanyuk

Aku ternampak seoarang lelaki tua sedang memangis di taman. Berasa kasihan, aku mendekati lelaki tua itu.

"Kenapa Pak Cik menangis?".

Lelaki tua itu menjawab,"Pak Cik berkahwin dengan seorang gadis muda setahu lalu.Setiap hari dia selalu masak yang sedap-sedap untuk Pak Cik."

Hairan, aku bertanya lagi,"Jadi, kenapa Pak Cik menangis?".

"Isteri Pak Cik memanjakan Pak Cik seperti tiada perezaan umur antara kami," jawab lelaki tua itu.

"Jadi, kenapa Pak Cik menangis?" Soal aku lagi.

"Kami akan menimang cahaya mata tak lama lagi. Ini adalah anak pertama Pak Cik," jawab lelaki tua itu.

Sedikit marah, aku berkata,"Dari cerita Pak Cik, saya rasa Pak Cik mempunyai rumah yang bahagia. Tapi, kenapa Pak Cik menangis?".

"Itu masalahnya. Pak Cik tak ingat rumah Pak Cik dekat mana," kata lelaki tua itu seiring dengan tangisan yang makin kuat.

Wayang

Karim berasa sangat gembira. Setelah beratur panjang, dia berjaya mendapatkan tiket untuk menonton cerita Transformers.

Ketika cerita sedang ditontonkan, dua wanita di belakangnya sedang bersembang dan mengganggu Karim.

Dengan marah, Karim memalingkan muka dan berkata," Saya tak dapat dengar!".


"Memang patut awak tak patut dengar. Kami sedang berbincag hal peribadi," jawab salah seorang wanita itu.

Kubur Itu Masing-masing

Boleh juga dibaca di Buasir Otak

Ameera sangat marah. Gambar di Instagram dicemuh pengikutnya. Gambar yang diambil bersama rakan-rakannya di sebuah club terkenal di Kuala Lumpur baru diposnya pagi tadi.

Bukan apa pun! Setakat nampak lurah sikit dan berlatar belakangkan botol-botol arak. Bukannya dia berbogel. Bukannya dia tengah pegang arak itu ( Tapi kalau unit forensik membuat ujian, pasti jumpa cap jarinya di salah satu cawan arak tersebut ).

Sunday, June 15, 2014

Tidak terlewat untuk segalanya

Gambar Hiasan
Salim nekad untuk keluar dari rumah itu. Selepas teruk dibelasah bapanya. Jika ibu bapanya tidak dapat memerima dirinya, dia rasa tidak perlu lagi di menetap di rumah ini.

Tatkala Salim keluar dari rumah, ibunya merayu agar dia jangan pergi. Hatinya terusik namun kata-kata bapanya memmbuatkan dia bertambah nekad.

"Biar dia keluar! Aku tak ada anak macam ni! Kalau lembut tak apa! Ni pakai pun dah macam perempuan!"

"Cuba kau ikut macam Salleh ni!"

Saturday, June 14, 2014

Hingga Hujung Nyawa

Tiada apa yang penting bagi Zahid selain Lina. Cinta terhadap kekasihnya itu melebihi segala-galanya. Apabila berita itu sampai di telinganya, dia merasakan dunia seperti berhenti. Meratapi kesedihannya. Zahid nekad. Dia akan membuktikan betapa besar cintanya terhadap Lina.

Fikiran Zahid kembali kepada dua tahun dahulu. Dia yang sedang menunggang motosikal, milik bapanya dan minyak diisi dengan duit ibunya, terpegun dengan gadis yang memakai baju kurung putih dan berkain biru itu. Gadis itu berjalan perlahan-lahan di tepi jalan.

Friday, June 13, 2014

Amin Mahu Menjadi Ahli Politik

Inspirasi: http://buasirotak.blogspot.com/2014/06/beza-perdebatan-parlimen-kita-dengan.html

Amin bercita-cita untuk menjadi seorang ahli politik. Dia menjadikan Tun Mahathir sebagai sumber inspirasinya. Ketegasannya dijadikan tauladan. Kepetahannya dijadikan amalan. Pemikirannya dijadikan inspirasi.

Suatu hari nanti dia berazam untuk membantu orang yang memerlukan. Berdebat untuk mencari solusi terbaik bagi memajukan negara yang dicintainya ini.

Thursday, June 12, 2014

Maut ditikam kekasih

Gambar Hiasan
(Sumber Gambar: Harian Metro)
Ramlan keluar dari rumah. Tiada guna bergaduh dengan isterinya. Pasti dia yang akan kalah. Bebelan Maznah masih kedengaran apabila dia menutup pagar rumah. "Dapat isteri bengis macam singa. Mulut macam radio."

Dia menghidupkan keretanya dan memandu ke arah destinasi dia melampiaskan nafsu dan amarahnya. Kali ini, amarah.

Ramlan memicit-micit butang di telefonnya. "Endah, 30 minit aku sampai."

Wednesday, June 11, 2014

DWI (4) : Senyuman

Perjalanan ke hospital mengambil sedikit lama. Penutupan jalan untuk kerja-kerja pembinaan pelbagai infrastruktur menandakan pembangunan yang pesat berlaku di bandar itu. Semakin membangun sesuatu negara itu, semakin tinggilah statistik jenayahnya. Tapi itu mungkin hanya pendapat Inspektor Rahman sahaja.

Inspektor Rahman bergegas ke ward kecemasan sejurus tiba di hospital. Selepas mendapatkan pelepasan dia menuju ke arah bilik Sofea ditempatkan. Doktor yang baru sahaja selesai menjalankan pemeriksaan ke atas Sofea keluar dari bilik itu.

Tuesday, June 10, 2014

DWI (3): Pejabat

Inspektor Rahman tiba di pejabatnya. Bermacam - macam soalan bermain difikirannya. Kes penculikan yang mudah bertukar menjadi kes pembunuhan yang ngeri. Tiga mayat dengan cara pembunuhan yang sama. Potongan di leher, peha dan achiles. Namun kepalanya tertumpu kepada kata-kata terakhir lelaki ketiga.

"Dua ?" Inspektor Rahman mengulangi kata-kata lelaki itu. "Apa maksudnya ?"

Lamunannnya terhenti apabila pintunya di ketuk. DSP Borhan, ketuanya, masuk ke bilik.

Monday, June 9, 2014

DWI (2) : Dua

Inspektor Rahman tiba di bilik pertama, bilik yang dimasukinya berdekatan dengan tangga ke dapur.

Bau darah kembali memasuki hidungnya. Dia memerhatikan sekeliling bilik itu. Selain almari yang hampir roboh, tiada perabot berada di dalam bilik itu. Dua tingkap bilik itu tertutup rapat.Namum itu bukan menjadi fokus Inspektor Rahman.

Satu tubuh manusia yang terkujur menjadi perhatian Inspektor Rahman. Dia mendekati tubuh itu. Mayat lelaki itu terbaring dengan belakang badannya di atas lantai.

Sunday, June 8, 2014

DWI (1) : Rumah Usang

Rumah papan usang itu kelihatan tidak berpenghuni. Semak samun yang tebal, dinding yang lopong dan tingkap yang tertanggal menguatkan indikasi tersebut. Namun ini tidak menggugat pemikiran pihak polis yang mengelilingi rumah tersebut. Risikan telah dijalankan, bukti telah disampaikan. Mereka pasti apa yang dicari berada di dalam rumah tersebut.

Inspektor Rahman mengekori dari belakang sekumpulan polis beruniform yang ditugaskan untuk memasuki melalui pintu dapur. Setiap langkah mereka dilakukan dengan ringan. Tidak mahu penghuni rumah tersebut sedar kedatangan mereka.


Thursday, June 5, 2014

Mama Sayang Papa

Marah Meera membuak-buak. Telefon bimbitnya dihempaskan berulang kali.

"Sial punya Minah!" jerit Meera. Ain dan Nonot yang sedang menghirup teh ais terkejut. Air terkeluar dari hidung Nonot. Kalau dia selalu berada di dalam kelas Sains, dia pasti tahu tentang yang saluran hidung dan mulut bertemu.


Wednesday, June 4, 2014

Tiga Dalam Satu (Bahagian Akhir)


Dup! Tap! Tap! Tap!....

Farid terjaga dari tidur, dia ternampak Amir membuka pintu bilik dan berlari keluar.

"Kacau betul!" marahnya dalam hati.

Pintu yang terbuka menjemput angin yang sejuk masuk. Tidak tahan dengan kesejukan itu, Farid bingkas bangun berjalan ke arah pintu.


Tuesday, June 3, 2014

Tiga Dalam Satu (Bahagian Dua)

Kisah 2

"Tump!"

Buncit terjaga dari tidur. Dia ternampak Amir membuka pintu dan berlari keluar.

"Bilik Termenung lah tu," bisiknya. Tersenyum bila teringat cerita Laksamana Do Re Mi.


Katilnya bergoyang dan kelihatan Farid, yang tidur di bawahnya, berjalan ke arah pintu sambil mengomel.

Monday, June 2, 2014

Tiga Dalam Satu (Bahagian Satu)

Pukul 3 pagi...

Kebanyakan penghuni Asrama Putera sudah berdengkur. Ada sebilangan penghuninya yang masih terbuka matanya. Yang terbuka matanya terbahagi kepada dua; Pelajar-pelajar yang mengulangkaji untuk peperiksaan yang semakin hampir dan selebihnya hanya makhluk yang sebuk dengan aktiviti aktiviti yang melanggar isi kandungan buku undang-undang sekolah.