Hafiz tidak pernah merungut tentang keaadan dirinya. Takdir tuhan diterimanya. Dilahirkan berbeza tidak semestinya menjadi satu penghalang untuk dia berjaya.
Dia menjadikan Prof Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh sebagai idolanya. Tak perlu pergi jauh untuk mencari idola. Walaupun berlainan upaya, Prof terkenal sebagai pakar ekonomi. Ini menjadi inspirasi kepada Hafiz untuk mendakap kejayaan.
Inspektor Rahman tiba di Rumah Bakti. Dia meletakkan kenderaannya di hadapan pejabat pengurusan. Setelah memperkenalkan dirinya, dia dibawa berjumpa dengan pengurus rumah anak yatim itu.
Puan Normah, perempuan berusia di dalam lingkungan 50an itu, duduk di kerusinya. Mukanya tenang dan sentiasa tersenyum. Terpancar cahaya keibuan di mukanya. Mungkin itu yang membantu dia menguruskan rumah ini dengan komited.
1) Sifir Nazmi kepeningan. Esok ada ujian matematik. Sifir 2 sampai 9 masih belum dihafalnya. Pulang dari sekolah dia fikirkan cara untuk lebih mudah menghafal sifir. Dia mendapati dia dapat mengingat dengan lebih baik apabila dia menulis balik benda itu. Namun hasrat murninya itu terpaksa dihentikan. Ayahnya mengamuk sakan!
Mereka duduk di meja makan kedai mamak berdekatan dengan pejabat Inspektor Rahman. Masing-masing memesan minuman. Kedua-duanya membisu sehingga pesanan mereka sampai.
Inspektor Rahman membiarkan Datin Soraya terus berdiam diri. Wajahnya yang dalam kesedihan menimbulkan tanda tanya. Dia tahu Datin Soraya mahu menceritakan sesuatu. Namun dia tidak tahu apa isinya.
Di hari pertama Mak Leha masuk ke Pusat Jalur Lebar Komuniti di kampungnya, dia terasa janggal. Namun semangatnya diperkuatkan. Dia ingin belajar. Itu yang utama. Pada mulanya, warga emas sepertinya diajar membuka laman web kerajaan. Segala tunjuk ajar diberikan Penyelia IT pusat tersebut. Mak Leha kagum bagaimana semua informasi dapat diperolehi di hujung jari. Namun Mak Leha masih dahagakan ilmu. Dia mahu belajar lebih lagi. Mak Leha belajar tentang apa itu komputer. Dari skrin, papan kekunci, tetikus, unit pemprosesan dan sebagainya. Sepanjang hidupnya, lebih kurang 60 tahun, ini kali pertama Mak Leha mengakui yang ilmu dan pengalamannya cetek.
1) Muka Lepas Beri Komen Kekadang aku tertanya-tanya macam mana rupa kita lepas beri komen dekat blog. Terutama komen yang nak menunjukkan kita pandai?